Latihan Membuat Jadual Kelas
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniSempena awal persekolahan, kami telah mengadakan latihan membuat jadual kelas. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak pada 19 Januari 2019 yang lalu. Seramai 7 orang peserta telah menyertai sesi ini yang bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana membuat jadual kelas, yang mana pada kebiasaannya jadual kelas telah disediakan oleh guru kelas masing-masing. Para peserta diajar membuat jadual menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Peserta juga belajar menghias jadual mereka seperti meletakkan latar belakang, gambar dan mewarnakan kotak mengikut subjek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: